bismillah-2

Salam Pengenalan

Sekapur sirih untuk pengunjung blog rasmi Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa INSTEDT

ps6514f138 photo ps6514f138_zps72e2b379.jpg

Keterasingan Islam (ii)

Bersendirian membelah badai yang datang

islam-cerdas photo islam-cerdas_zpsbe7419b2.jpg

Srikandi Dunia Islam Moden

Ikutilah teladan yang baik untuk menjadi baik

Muhammad-Idola-Kami_zps4a20d9ca photo Muhammad-Idola-Kami_zps4a20d9ca-1_zps376239bd.jpg

Muhammad Namanya (i)

Jom kenal nabi!

Childrenincircle_zpsfe660fa8

Jom Ber'usrah'

Mari membina agama dan peribadi bersama JPIB

gambar_zps5db61553

al-Fatihah: Gerbang Tasawwur Islam-ii

'Dia' ada pada setiap diri yang berakal

terasing_zps1298df85

Terasing

Islam bermula dan berakhir dengan keterasingan.

al_quran

Hukum Menyentuh dan Membaca al-Quran

Al-Quran adalah mukjizat kepada Rasulullah SAW dan umat Islam yang beriman.

Thursday, March 21, 2013

4 Jenis Puasa Patut Ditinggalkan


Puasa yang Dibenci Syarak”

Limpahan puji-pujian kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan, Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta golongan yang mengikuti Baginda sehingga hari kiamat. Wa ba’du,


4 puasa yang tidak disukai syarak dan patut ditinggalkan:
1/ Puasa Setahun Penuh
2/Puasa Bulan Rejab
3/Puasa Hari Jumaat
4/Puasa Hari Sabtu

Keterangan:

1/ Puasa Setahun Penuh

Makruh (tidak disukai) hukumnya bagi mana-mana umat Islam yang berpuasa selama setahun penuh tanpa berbuka. Maksud puasa setahun penuh adalah berpuasa secara berterusan selama setahun penuh kecuali pada hari yang diharamkan  iaitu 2 hari raya dan 3 hari Tasyriq. Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sah puasa bagi orang yang berpuasa penuh (setahun)”.

Diriwayatkan juga dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “ Wahai Abdullah, adakah benar dikhabarkan kepadaku bahawa kamu berpuasa sepanjang siang dan beribadat sepanjang malam?”. Aku menjawab, “ Ya, wahai Rasulullah”. Nabi bersabda, “ Jangan begitu, berpuasalah (sehari) dan berbukalah (sehari), beribadatlah (seketika) dan tidurlah (seketika). Sesungguhnya terdapat hak pada diri kamu, hak pada mata kamu, hak pada isteri kamu dan hak pada orang yang menziarahi kamu. Cukuplah kamu berpuasa 3 hari setiap bulan kerana setiap kebaikan akan digandakan 10 kali seumpamanya, maka semuanya itu bersamaan puasa selama setahun”. Aku tetap ingin menyusahkan diriku lalu aku berkata, “ Wahai Rasululla, sesungguhnya aku masih kuat (untuk melakukan lebih daripada itu). Jawab Rasulullah, “ Jadi, puasalah seperti puasa nabi Allah Daud dan janganlah lebih daripada itu.” Aku lalu bertanya, “ Bagaimana puasa Nabi Daud?”. Jawab Rasulullah, “Puasa setengah tahun”.

Kata Abdullah bin Amr ketika beliau di masa tua, “Alangkah baiknya jika aku menerima keringanan yang diberikan oleh Rasulullah SAW dahulu”.

Terdapat pada sebahagian riwayat bahawa yang dimaksudkan adalah puasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) sehari selepasnya dan ia dinamakan sebaik-baik puasa.

Riwayat-riwayat ini dengan jelas menunjukkan hukum makruh berpuasa selama setahun penuh. Bahkan Ibnu Hazm berpendapat hukumnya adalah haram.

Hal ini bertepatan dengan manhaj Islam yang mementingkan keadilan di antara pembahagian dan perlaksanaan hak Allah taala dan hak manusia serta keseimbangan dengan hak-hak diri yang lain. Begitu juga ia bertepatan dengan konsep keringanan (rukhsah) kepada umat Islam. Puasa setahun penuh menafikan konsep ini secara jelas kerana ia membawa unsur penekanan dan pemberatan kepada umat untuk menunaikannya. Diriwayatkan dalam sebuah hadis, “ Sesungguhnya Allah kasih kepada hamba yang mengambil keringanan (rukhsah) yang dianugerahkannya”.

Walaupun terdapat dalil yang jelas dalam perkara ini, namun terdapat beberapa orang sahabat, tabi’in dan beberapa salafus soleh (ulama-ulama terdahulu) yang melakukannya. Di antara mereka adlah Ummu al-Mukminin, Saidatina Aisyah, Abu Talhah al-Ansary, Abdullah bin Amr, Abu Umamah dan Isteri beliau dan sebilangan besar dari para tabi’in sehingga sebahagian mereka secara berterusan berpuasa selama 40 tahun.   

Oleh kerana itu, jumhur ulama berpendapat harus berpuasa setahun penuh bahkan ada yang berpendapat bahawa puasa seperti itu adalah sunat. Mereka berijtihad bahawa yang dikatakan makruh di dalam hadis (di atas) adalah puasa penuh setahun termasuk puasa pada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq.

Ibnu Qudamah meriwayatkan, Imam Ahmad berkata, “Apabila seseorang berbuka (tidak berpuasa) pada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq, aku berpandangan puasa setahun lainnya adalah tidak sia-sia dari ganjaran pahala”.

Manakala Ibnu Qudamah berpendapat, “ Pendapat yang kuat di sisiku adalah puasa selama setahun penuh dengan hanya berbuka pada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq adalah makruh (tidak disukai) manakala jika berpuasa setahun penuh termasuk 2 hari raya dan 3 hari tasyriq adalah haram. (al-Mughni dan as-Syarh al-Kabir-3/99)


Sebahagian ulama pula berpendapat larangan tersebut adalah kerana kemudharatan/kerosakan yang dijangkakan berlaku pada masa depan atau hak pihak lain yang tidak terpanuhi.

Kesimpulan: Sesungguhnya sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah SAW. Tanpa syak atau ragu bahawa Rasulullah sentiasa berpuasa dan berbuka (tidak berpuasa) pada hari lainnya dan tidak berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadhan. Cukuplah kita berpegang dengan perkataan Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia tidak termasuk umatku”. Namun begitu, ijtihad dari golongan salafus soleh yang melaksanakannya, itu adalah sebuah ijtihad (bukan hanya semata-mata pandangan biasa tanpa dalil) dan diharapkan kita tidak berlaku buruk adab dengan menyalahkan ijtihad mereka. Mudah-mudahan mereka beroleh ganjaran yang setimpal dengan usaha ibadat mereka….sambungan

Diolah semula oleh: Pena Iqbal dari pautan http://qaradawi.net/fatawaahkam/30/1649-2012-01-29-013100.html

Pendaftaran Sesi Baru Dibuka



Kenapa Pilih INSTEDT?
Program di Akreditasi penuh oleh MQA
Diiktiraf oleh JPA ( Jabatan Perkhidmatan Awam )
Kemudahan pembelajaran yang lengkap
Penginapan yang selesa dan termurah
Pinjaman diuruskan sepenuhnya
Pensyarah yang berdedikasi
Terletak di lokasi peranginan Desaru
Pusat pendidikan setempat

Assalamualaikum,

Tahniah kepada semua pelajar lepasan SPM yang baru sahaja mengambil keputusan SPM semalam (21/3/2013) di sekolah masing-masing. Penat lelah usaha selama hampir 2 tahun sebelumnya seolah-olah terbayar dengan keputusan yang tertera pada sekeping kertas. Pengorbanan ibu bapa juga terasa dibayar dengan keputusan SPM yang berada dalam tangan masing-masing. Semoga anda terus berjaya dan menjadi anak yang baik di masa hadapan.

Untuk kemasukan April 2013, Jabatan Pengajian Islam & Bahasa (JPIB) membuka tawaran kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pengajian Islam Kontemporari yang menggabungkan ilmu pengetahuan agama dan kemahiran semasa yang bersesuaian dengan kehendak industri negara masa kini. Gabungan kedua-dua bidang ilmu duniawi dan ukhrawi ini bertujuan untuk melahirkan generasi rabbani yang holistik dan berkemahiran tinggi dalam mengharungi dunia gobalisasi kini.

Syarat kemasukan:

Lulus SPM dengan kepujian 3 matapelajaran dan 
lulus Bahasa Arab atau 
matapelajaran Pengajian Islam.

ATAU

Lulus STAM sekurang-kurangnya dengan pangkat Maqbul

Selain itu, terdapat juga program diploma lain seperti Diploma Pengurusan Pejabat & Teknologi, Pengajian Sukan, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Teknologi Maklumat, Media Grafik, Kejururawatan dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.instedt.edu.my/.

"Generasi Rabbani Sumber Tamadun Insani"



al-Fatihah buat Syeikh Mohamad Said Ramadhan al-Buti



DAMSYIK: Serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi (waktu Malaysia) meragut 42 nyawa termasuk ulama terkenal Sunni negara itu, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti . 

Serangan yang dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Mohamed al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya. 

"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 di mana 84 mangsa lain mengalami kecederaan." 

Kematian Mohamed al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu.

Datangnya Ulama' membawa Rahmat. Tanggal 21/03/2013 perginya seorang Ulama' terkemuka dunia dibawa bersama ilmunya. Dia dikurniakan Syahid tatkala di usia senja. Semoga Allah merahmati dan mengampuni Al-Fadhil Syekh Dr Ramadhan Al-Buti al-Syahid, seorang Ulama' dari Syria. 

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan berdoa agar kita juga dikurniakan Syahid sepertimana pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang di jalan Allah. Al-Fatihah...

Wednesday, March 13, 2013

Majlis Cinta Rasul, Bandar Penawar


Bandar Penawar: Kelab Sukan & Rekreasi Komuniti Bandar Penawar telah menganjurkan Malam Cinta Rasul Peringkat Pengerang 2013 pada hari Selasa tanggal 12 Mac 2013. Penceramah jemputan pada malam tersebut adalah Yang Mulia Habib Ali Zainal Abidin dengan tajuk, “Wasatiyyah Toggak Kesejahteraan Ummah”.

Habib Ali Zainal Abidin bersama rombongan beliau
Kegembiraan jelas terbayang di wajah orang ramai yang dapat menatap wajah para habaib secara live dan tidak sedikit juga yang mengambil berkat dari beliau dengan asbab keturunan beliau yang mulia, keturunan nabi besar Baginda SAW.


Sedikit rasa kesedihan dan terkilan menyelinap ke celah ruangan hati yang sedang berbunga apabila melihat ramai yang datang adalah pihak luar. Kebanyakan yang hadir adalah dari kawasan Pengerang dan felda-felda berdekatan tetapi orang setempat melepaskan peluang untuk turut serta dalam program bercorak keagamaan seumpama ini.

Bacaan qasidah dari guru-guru sekolah agama kawasan Kota Tinggi
Namun, sekalung tahniah tidak lupa untuk diungkapkan buat pihak pengurusan sekolah-sekolah berdekatan yang telah mengambil inisiatif untuk menghantar para pelajar mereka mengikuti program yang bermanfaat ini. Tidak hanya ceramah yang menyentuh isu-isu semasa sahaja dibentangkan malahan dendangan qasidah, selawat dan marhaban yang menyentuh dan menyuburkan cinta kasih kepada Rasul juga diperdengarkan.

Semoga keberkatan ilmu disusuli pula dengan amal yang istiqamah terus memayungi semua hadirin dan hadirat yang hadir pada malam tersebut.

Barisan pelajar INSTEDT bergambar bersama Yang Mulia Habib Ali Zainal Abidin
Suka juga diingatkan kepada para pelajar INSTEDT  untuk sentiasa mendampingi majlis-majlis ilmu seumpama ini dan bergerak bersama para ulama untuk mendapat keberkatan ilmu dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. 

Masih terngiang-ngiang di pendengaran saya pesanan guru mulia kami semasa di seberang laut dahulu, Syeikh Yusri, seorang ulama dan guru besar  hadis di Masjid al-Azhar, katanya, “Betapa ramai orang mencari kejayaan dalam ilmu dan hidup mereka dengan usaha semata tetapi akhirnya menderita pada kesudahan hidupnya, betapa sedikit pula orang mencari kejayaan dalam ilmu dan hidup mereka dengan adab semata dan akhirnya berbahagia sepanjang hidupnya” dan “Jangan sering memberi alasan kerana alasan adalah senjata orang malas”. Cukuplah dua pesanan ini untuk orang yang mahu berfikir dan beramal dalam hidupnya. 

Waallahua’lam.

Disediakan oleh: Pena Iqbal

Monday, March 11, 2013

“Yang paling murah mas kahwinnya, itulah yang paling berkat”


"Yang paling murah mas kahwinnya, itulah yang paling berkat”

Limpahan puji-pujian kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan, Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta golongan yang mengikuti Baginda sehingga hari kiamat. Wa ba’du,


 Isu mas kahwin yang tinggi merupakan suatu penyakit baru dalam masyarakat moden kini. Semuanya bertitik- tolak dari amalan sesetengah golongan masyarakat yang akhirnya menjadi budaya setempat yang menjerut leher mereka sendiri. Mereka telah memberatkan diri mereka dengan sesuatu yang telah diberi keringanan oleh agama.

Nabi SAW bersabda khusus kepada para wanita, “Yang paling murah mas kahwinnya di antara kamu (perempuan) adalah yang paling berkat”.

Baginda bukan hanya berpesan kepada orang lain bahkan Baginda sendiri mengahwinkan anak-anak perempuan baginda dengan mas kahwin yang rendah. Tidak disyaratkan ratusan atau ribuan ringgit, hanya yang diambil adalah yang bersesuaian dengan tuntutan syarak. Begitu jugalah yang diamalkan oleh para salaf (ulama-ulama terdahulu). Mereka tidak mencari harta dengan menindas bakal pengantin lelaki ataupun keluarganya atau menuntut barangan yang tidak diperlukan kerana anak perempuan bukanlah barang dagangan di pasar. Murah mahalnya terletak pada harga pasaran semasa.


Mereka adalah manusia, maka yang dicari oleh bapa atau walinya adalah manusia juga sebagai pasangan hidupnya. Pasangan hidupnya adalah pasangan yang mulia.  Mulia akhlaknya dan mulia juga asal keturunannya.

Maka kerana itu, datang riwayat dari hadis nabi SAW, “Apabila datang kepadamu  seseorang yang kamu sukai agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah (anak perempuanmu) dengannya. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlakulah fitnah dan kerosakan yang teruk di dunia ini”. Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, dan Hakim.

Jika dilihat dari hadis ini, yang wajib dituntut atau dipinta oleh bapa atau wali kepada seseorang perempuan adalah agama dan akhlak si lelaki sebelum mengajukan permintaan yang lain. 

Persoalannya, apakah tujuan perkahwinan dan apakah pula tujuan pemberian mas kahwin yang tinggi jika pasangan itu orang yang tidak beragama dan tidak berakhlak? Terdapat banyak persoalan yang sering ditanyakan antaranya, “Apakah hukum seorang suami meminum arak pada bulan puasa? Apakah hukum seorang suami yang memanggil anaknya ‘Firaun’ sedangkan nama yang diberi oleh isteri adalah ‘Yusuf’?” dan sebagainya. Semua soalan ini sebenarnya berpunca dari awal perkahwinan kerana yang dicari pada awalnya adalah harta, bukan agama ataupun akhlak. Maka tunggulah hasilnya nanti. Yang memnentukannya adalaha masa.


Sedari awal, yang bermain di fikirannya hanya satu, ‘mas kahwin’. Adakah seribu atau sepuluh ribu atau dua puluh ribu atau tiga puluh ribu. Soal agama tidak penting lagi. Apalagi akhlak, langsung dipandang sepi. Seharusnya yang dicari dan dipandang adalah sesuatu yang agama pandang jua, agama dan akhlak seseorang bukan harta yang dimilikinya atau keluarganya, kerana yang penting adalah perkahwinan yang akan membahagiakan si perempuan dan membina rumahtangga yang bertakwa kepada Allah.

Kerana itulah para salaf mengatakan, “Apabila engkau mengahwinkan anakmu, kahwinkanlah ia dengan pasangan yang beragama. Jika anakmu disayanginya nescaya ia akan memuliakannya dan jika tidak disukainya nescaya dia tidak menzaliminya kerana agama menghalanginya (daripada melakukan kezaliman) dan akhlak mencegahnya. Begitulah orang yang beragama, mereka berpegang kepada firman Allah yang berbunyi, “Dan pergaulilah mereka (isteri) dengan baik sekalipun kamu membencinya. Mungkin terdapat kebaikan yang banyak terhadap apa yang tidak kamu sukai”.


Sesungguhnya  Islam menggesa umatnya untuk mengahwinkan segera anak-anak perempuan melalui hadis Nabi SAW, “Tiga perkara jangan dilewatkan: Pertamanya apabila masuk waktu solat, segerakan menunaikannya. Kedua, apabila berhutang, segera langsaikan dan yang ketiga, anak perempuan, segera kahwinkan mereka apabila ada lelaki yang sesuai dengannya”. 

Hadis ini menegaskan bahawa apabila ada lelaki yang sesuai atau sama kufunya, segerakanlah. Tidak sepatutnya bagi keluarga si perempuan menangguh-nangguhkan perkahwinan dengan harapan akan datang lelaki yang dapat menawarkan mas kahwin yang lebih tinggi. Hal ini akan lebih banyak membawa kesan buruk kepada masyarakat umumnya dan kepada golngan pemuda khususnya. Dengan mas kahwin yang tinggi, kita sebenarnya membuka jalan haram yang lebih murah harganya dan tentulah jalan haram itu merupakan jalan yang dipinta syaitan supaya manusia mengikutinya..

Wahai kaum muslimin, adalah haram hukumnya kita menangguhkan atau melewatkan perkahwinan kerana mencari mas kahwin yang tinggi dan sangat berbahagia seluruh kaum muslimin jika kita mempermudahkan jalan yang halal melalui perkahwinan supaya golongan pemuda dan pemudi kita dapat bersatu dengan cara yang halal. Mudah-mudahan inilah yang diredhai oleh Islam dan semoga kita terhindar dari mengikuti adat jahiliah yang tidak membawa sebarang kebaikan.

Diolah semula dari fatwa al-Allamah Prof Dr  Yusuf Al-Qardhawi.
Pautan: http://qaradawi.net/component/content/article/5375.html

 

Monday, March 4, 2013

Kem Ibadat Kali Pertama Kelab Bahasa



Assalamualaikum,
Limpahan pujian kepada Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat serta umat terkemudian yang sentiasa menurut jejak langkah Baginda dalam meninggikan kalimah Allah di dunia ini.

Tanggal 1 dan 2 Mac 2013 yang baru berlalu, Kelab Bahasa telah menganjurkan Kem Ibadat buat pertama kalinya kepada para pelajar Diploma Pengajian Islam (DPI). Seramai 9 orang pelajar telah melalui kem ini dengan jayanya. Aktiviti berbentuk santai dan ringan sengaja dibentuk untuk merapatkan jurang perbezaan antara sesama pelajar DPI dan mencari jalan persamaan yang wujud bagi mengukuhkan jemaah muslim di INSTEDT tercinta ini.

Pentazkirah sedang membincangkan dengan bersemangat.
Peserta lelaki khusyuk mendengar penerangan.
Peserta wanita yang terlibat

Bertempat di Masjid as-Syifa’, Bandar Penawar (BP), para pelajar telah memulakan kem ini dengan solat Maghrib secara berjemaah dengan ahli kariah Bandar Penawar untuk membiasakan mereka bertemu dan berkumpul bersama penduduk tempatan. Majlis diteruskan dengan tazkirah dari Saudara Irwin bin Abidin, jemputan khas dari Jabatan Pengurusan & Perakaunan untuk membincangkan tajuk, ‘Berjemaah Lebih Baik’. Tazkirah yang dijalankan secara bersahaja ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membuka minda para peserta untuk turut serta membentuk jemaah atau kesatuan yang kuat antara mereka.

Dua aktiviti tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak disengajakan iaitu, night walk dan qiyamullail. Program hanya diteruskan pada keesokan harinya dengan solat Subuh secara berjemaah dan disajikan dengan tazkirah dari pegawai agama dari Majlis Agama Islam Johor dengan tajuk ‘Hidup Untuk Beribadat’. Tazkirah kedua menyusul selepas itu dengan tajuk ‘Iqra’:Mencapai Kegemilangan Ilmu’ yang disampaikan oleh Saudari Aisha bt Toasing dari Jabatan Pengurusan & Perakaunan. Perbincangan dan perkongsian di dalam tazkirah ini diharap dapat memberi motivasi kepada peserta untuk terus mencapai kecemerlangan ilmu di samping menyusun kehidupan sebagai pelajar dengan lebih baik.


Tepat jam 8.45 pagi, peserta telah berhimpun di Dataran Masjid untuk meneruskan acara seterusnya iaitu aktiviti merentas desa dan treasure hunt. Aktiviti yang diselang-seli dengan pelbagai tugasan yang menarik telah berjaya membina kerjasama yang padu antara para peserta dan mencambahkan buah fikiran masing-masing dalam menyelesaikan tugasan yang diamanahkan.
Mencuba nasib dalam aktiviti 'Titian Hidup'.

Belajar menyelesaikan masalah.
Mencari arah jalan

Jalan mati di belakang. Kembali ke pangkal jalan.


Disediakan oleh: Pena Iqbal