bismillah-2

Salam Pengenalan

Sekapur sirih untuk pengunjung blog rasmi Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa INSTEDT

ps6514f138 photo ps6514f138_zps72e2b379.jpg

Keterasingan Islam (ii)

Bersendirian membelah badai yang datang

islam-cerdas photo islam-cerdas_zpsbe7419b2.jpg

Srikandi Dunia Islam Moden

Ikutilah teladan yang baik untuk menjadi baik

Muhammad-Idola-Kami_zps4a20d9ca photo Muhammad-Idola-Kami_zps4a20d9ca-1_zps376239bd.jpg

Muhammad Namanya (i)

Jom kenal nabi!

Childrenincircle_zpsfe660fa8

Jom Ber'usrah'

Mari membina agama dan peribadi bersama JPIB

gambar_zps5db61553

al-Fatihah: Gerbang Tasawwur Islam-ii

'Dia' ada pada setiap diri yang berakal

terasing_zps1298df85

Terasing

Islam bermula dan berakhir dengan keterasingan.

al_quran

Hukum Menyentuh dan Membaca al-Quran

Al-Quran adalah mukjizat kepada Rasulullah SAW dan umat Islam yang beriman.

Monday, December 31, 2012

Induksi & Majlis Ramah Mesra Staf JPIB bersama Ahli Kelab Bahasa

Bermula sesi Disember 2012, Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa (JPIB) telah menjenamakan semula Kelab Bahasa yang telah dipertanggungjawabkan kepada staf JPIB untuk menggerakkan beberapa program bercorak akademik dan non-akademik untuk kebaikan semua pelajar. 

Antara kumpulan pelajar yang paling awal tiba.
Dari kiri: Azfar, Bob dan Shahrom

Untuk sesi ini, keahlian hanya dibuka kepada pelajar Dip. Pengajian Islam Kontemporari sahaja sebagai salah satu medium pembelajaran dan pengajaran kepada mereka dalam aspek pengurusan dan pentadbiran. Objektif melahirkan muslim profesional bukanlah semudah yang diangankan jika tanpa usaha yang berterusan daripada semua pihak dan komitmen para pelajar sendiri.




Kumpulan gadis penjaga makanan.
Dari kiri: Ati, Ina dan Lina
Sebagai langkah permulaan, sebuah aktiviti induksi dan ramah mesra telah dirancang untuk mengeratkan hubungan para pelajar dan staf JPIB. Seramai 5 orang baru pelajar baru Dip Peng. Islam Kontemporari dan 3 orang pensyarah baru turut diraikan di dalam majlis ini. Aktiviti berbentuk santai, riadah dan berilmu ini telah berjaya diadakan pada 22 Disember 2012 yang bertempat di Pantai Tanjung Balau, sebuah kawasan rekreasi terkenal di daerah Kota Tinggi ini.



Program ini telah berjaya menghimpunkan semua ahli kelab dan staf JPIB dan beberapa permasalahan berkaitan pembelajaran dan pengajaran sepanjang di INSTEDT dapat dicungkil dan difikirkan penyelesaian bersama. Bermula jam 9 pagi, kebanyakan staf dan semua ahli kelab telah tiba pada tempat yang dijanjikan. Dengan khemah yang beratap dan berlantaikan kanvas yang didirikan bersama, semua yang hadir menikmati sarapan pagi sambil menghirup udara segar pagi di tepian pantai yang indah, tak ubah seperti keluarga yang telah lama tidak duduk bersama. 


Antara pensyarah yang hadir.
Dari kiri: Madam Zuraini & Miss Faizah
Gelak tawa mula kedengaran apabila acara sukan rakyat bermula. Walaupun hanya diadakan bowling padang dan sebuah permainan yang diberi nama oleh Madam Zuraini, 'Semakin jauh, semakin sayang' (maklumlah orang dah berpunya, berabang-sayanglah), tetapi sudah cukup untuk menjadi ice breaking yang baik kepada semua yang hadir. Permainan ini juga diselang-seli oleh nyanyian nasyid dan lagu rakyat yang menjadi hukuman kepada kumpulan yang kalah. Sedap juga dibuai telinga kadang-kala dengan nyanyian-nyanyian ringan tersebut.

Sesi LDK bersama staf 
Setelah permainan tamat, sebuah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) diadakan untuk meneruskan  modul ice breaking dan beberapa modul lain yang dirancang. Namun, disebabkan masa yang tidak mengizinkan hanya satu dua modul sahaja dapat dilaksanakan. Melalui modul ini juga lebih banyak persoalan pelajar terjawab dan permasalahan mereka dapat dikenalpasti oleh staf JPIB. 




Di akhir program, Dr Siti Nurhani Ramli menyampaikan ucapan ringkas dan harapan beliau kepada semua ahli kelab sebagai pelajar dan penggerak kelab untuk sentiasa fokus dalam pelajaran dan menjadi pelajar yang terkehadapan di INSTEDT.

Sekian dulu dan semoga berjumpa lagi.

"Generasi Rabbani Sumber Tamadun Insani"
                

Surah al-Fatihah - Gerbang Tasawwur Islam


Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Tuhan, Pemilik Sekalian Alam. Dialah yang Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi terhadap hamba-hambaNya. Dialah pemilik Hari Pembalasan.

Begitulah terjemahan al-Fatihah yang sering kita dengungkan di saat kita berdiri menghadap Yang Esa. Surah yang terkandung di dalamnya kekeramatan dan kemuliaan yang tersendiri. Puji-pujian teragung terhadap diriNya sendiri. Tanda keesaan dan ketauhidan yang tiada bandingan. Peraturan/Syariat hidup yang lengkap, seimbang, indah dan sejahtera.

Tujuh ayat yang diulang-ulang, ibu al-quran, surah syifa’ (penyembuh) dan pembuka kitab suci, itulah sebahagian daripada nama-namanya. Di ketika kaki berhenti melangkah, berdiri tegak dihadapanNya sepertimana ditegakkan hati, lurus hanya kepada Allah SWT semata dan wajah ditundukkan di hadapan keagungannya, kita hentikan putaran alam, kesibukan dunia, kegelisahan hati, kecenderungan kuasa dan harta, pendek kata ‘segalanya’ dengan kalimah, “Allahu Akbar”, kemudian kita ulangi surah al-Fatihah ini sebagai pembuka bicara dengan Allah SWT tujuh belas kali sehari sekurang-kurangnya, namun adakah pernah terlintas di akal kita untuk mengkaji dan memahami rahsianya dan hati kita untuk mentadabbur akan maksudnya?

Ketahuilah, sesungguhnya tiada satu daripada surah dalam al-quran melainkan mempunyai makna yang tersirat padanya. Tiada yang mengambil manfaat dengannya kecuali orang-orang yang berakal. Firman Allah SWT:

Allah SWT menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Quran dan as-Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran dari firman Allah SWT 
               
Jika kita mendalami dan menghayati maksudnya, akan fahamlah kita bahawa surah al-Fatihah ini merupakan gerbang tasawwur Islam yang hakiki. Di dalamnya terdapat elemen aqidah, ibadat, akhlak dan syariat yang baik kepada individu dan jemaah Islamiyyah.

Masakan tidak, sedari awal lagi kita diajar untuk mengisbatkan seluruh kepercayaan dan keimanan hanya kepadaNya. Maka, disebut sifat-sifatNya yang agung sebagai tanda ketunggalanNya. Segala sifat rububiyyah, uluhiyyah dan nama-namaNya yang mulia seolah-seolah ingin ditancapkan dalam hati sanubari manusia yang membacanya. Inilah yang dinamakan Aqidah atau Tauhid seorang muslim. Tidak goyah dek badai, tidak goyang dek ombak dan tidak runtuh dek harta dan kuasa......bersambung......

Disediakan oleh: En Mohd Taufiq Ismail

Monday, December 24, 2012

Carta Organisasi 2013M/1434H


Sunday, December 23, 2012

Misi & Visi Jabatan


VISI

Memainkan peranan sebagai penjana, pengembang dan pengukuh ilmu pengetahuan bidang pengajian Islam dan bahasa dengan menggandingkan keilmuan turath Islam dan keperluan semasa di samping kemahiran berbahasa, terjemahan, linguistik dan komunikasi.


Merealisasikan Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) sebagai pusat kecemerlangan akademik dan sahsiah untuk melahirkan pelajar-pelajar profesional agama yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa.







MISI


Menjadikan ilmu Islam sebagai tunjang pembentukan modal insan dan kemahiran bahasa sebagai medium pengukuhan kemahiran kendiri.


Menjadikan ilmu Islam dan bahasa moden sebagai alat komunikasi yang dapat menyumbang ke arah usaha mengantarabangsakan INSTEDT


"Generasi Rabbani Sumber Insan Rabbani"


Salam Perkenalan




Bismillahhirrahmanirrahim, ahlan wasahlan dan selamat datang ke blog Jabatan Pengajian Islam & Bahasa, Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT). Blog ini adalah di bawah kendalian staf jabatan untuk berkongsi isu semasa, pengalaman  dan  survival Jabatan Pengajian Islam & Bahasa (JPIB).


Sebagai permulaan, elok kiranya diperkenalkan bahawa mulai sesi Jun/Julai 2012, beberapa program baru telah ditawarkan di INSTEDT. Salah satu program baru tersebut adalah Diploma Pengajian Islam Kontemporari. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai peluang dan kelebihan yang tiada pada program selainnya. Melalui kursus-kursus yang diajar secara teori dan praktikal oleh para pensyarah yang berpengalaman  sepanjang tempoh pengajian, pelbagai bidang kerjaya yang dicita-citakan dapat diceburi, bukan sahaja di institusi-institusi keagamaan bahkan di pelbagai sektor awam dan swasta.

          Program Diploma Pengajian Islam Kontemporari merupakan program yang berbeza dengan program-program pengajian Islam yang telah dijalankan di pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Program ini akan mendedahkan kepada pelajar beberapa kursus asas pengajian Islam yang digabungkan daripada sistem turath (silam) yang menekankan konsep adab dan kebersihan jiwa dan sistem moden yang menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran yang efisyen, kreatif dan inovatif di samping tidak mengabaikan keperluan semasa. Kursus-kursus seperti Bahasa Arab, Balaghah, Fiqh dan Usul Fiqh, Pengkajian Al-Qur'an dan Hadis, Sejarah dan Tamadun Islam, Ekonomi Islam, Komunikasi dan Dakwah Islamiyyah dan Pemikiran Islam Semasa menjadi teras kepada program ini. Pendedahan pengetahuan dan penguasaan Bahasa Inggeris, teknologi maklumat, pengurusan perniagaan, sistem perakaunan, perundangan Islam dan sains dalam Islam turut disajikan.

Ilmu dan tarbiyah digabungkan untuk melahirkan mukmin profesional
        Pendekatan yang diambil bagi menghasilkan graduan profesional dan serba boleh adalah melalui penerapan kemahiran insaniah dan pembinaan jati diri muslim melalui pergerakan aktiviti persatuan, kem ibadah tahunan, usrah, dakwah profesional, khidmat masyarakat dan latihan industri. Pendekatan ini diterapkan kepada mereka bagi membentuk modal insan yang berkeperibadian mulia, cekap, berinovasi, berkualiti dan proaktif dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dengan kemajuan industri di samping membantu dalam menggerakkan perekonomian negara dan memajukannya, selaras dengan aspirasi negara dan falsafah pendidikan negara. Program ini juga memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam mendalami Islam sehingga mereka mempunyai asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran kemajuan dunia kini yang tidak bertepi.
 "Generasi Rabbani Sumber Tamadun Insani"