Bersempena kedatangan bulan mulia, Rabiu’l Awal 1434H, Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa akan menganjurkan Minggu Kesenian Islam dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat INSTEDT pada ketetapan berikut:
Tarikh : 29 Januari - 1 Februari 2013.
Hari : Selasa – Jumaat (Majlis Perasmian Penutup)
Masa : 6 petang - 10.30 malam
Tempat : Dataran Kolej Delima
Tema : Satu Fikrah, Satu Amal
Anjuran : Jabatan Pengajian Islam & Bahasa, INSTEDT
Minggu Kesenian Islam dan Sambutan Maulidur Rasul akan dikendalikan oleh staf Jabatan Pengajian Islam & Bahasa dengan kerjasama staf Unit Kaunseling serta dibantu oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar, ahli Kelab Bahasa dan ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah:
1) Bacaan selawat dan maulid
2) Peragaan busana muslimah
Syarat Peragaan Busana Muslimah |
3) Pertandingan nasyid
Syarat Pertandingan Nasyid |
4) Pertandingan menulis esei
5) Pertandingan bacaan khutbah
Syarat Pertandingan Bacaan Khutbah |
6) Pertandingan bacaan al-Quran
7) Pendeklamasian sajak
Syarat Pertandingan Pendeklamasian Sajak |
8) Pertandingan Tulisan Jawi
Syarat Pertandingan Tulisan Jawi |
9) Kuiz Sirah Rasulullah
Syarat Pertandingan Kuiz Sirah |
10) Gerai Jualan
Pembukaan Gerai Jualan |
Penyertaan adalah terbuka kepada semua kakitangan dan para pelajar INSTEDT yang ingin menunjukkan bakat masing-masing dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan.
Bagi memudahkan pergerakan para pelajar ke tempat program, perkhidmatan bas turut disediakan. Bas akan bergerak mengambil para pelajar pada jam 7.45 malam (sekali sahaja, tiada pusingan) dan penghantaran pulang pada jam 11.00 malam. Oleh kerana itu, diminta kepada semua pelajar untuk berkumpul di hadapan asrama masing-masing pada masa yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi Ustazah Nadhirah Muhammad Arib atau Ustazah Nurfaizah Rashak di talian 07-8222 008 samb 303 untuk maklumat lanjut.
0 comments:
Post a Comment