Hukum Menyentuh & Membaca al-Al-Quran ketika Berhadas
Disediakan oleh: En Mohd Taufiq Ismail
Seorang pelajar telah meluahkan soal hatinya kepada saya pada suatu hari mengenai suatu hukum yang kini tidak lagi dipandang berat oleh kebanyakan manusia iaitu hukum menyentuh, memegang atau membaca al-Al-Quran dalam keadaan berhadas. Keadaan ini sering berlaku kepada para pelajar yang sentiasa bergelut dengan pembelajaran mereka.
Timbul banyak pendapat yang saling bercanggahan antara satu dengan yang lain tanpa ada pemutusnya yang tepat dengan sandaran yang kukuh dan dapat dipercayai. Pendapat-pendapat ini akhirnya hanya menimbulkan kekeliruan dan kerugian kepada masyarakat Islam kini. Hal ini berlaku kerana percanggahan hukum yang dikeluarkan oleh guru-guru agama mereka. Seorang mengeluarkan pendapat dibolehkan manakala yang lain berpendapat sebaliknya. Kedua-duanya hanya mengeluarkan ‘pendapat’ mereka yang tanpa disokong oleh mana-mana pandangan ulama berdasarkan dalil-dalil al-Al-Quran atau hadis.
Malangnya lagi apabila pendapat mereka ini perlu dianggap seumpama ‘fatwa’, hukum pemutus yang mesti dianggap paling benar oleh pelajar-pelajar. ‘Jangan disanggah guru yang mengajar nanti tidak berkat ilmu’, itulah pesan kepada pelajar yang tidak mahu mengikut pendapatnya dan terukirlah senyuman di bibirnya apabila pelajar-pelajar mengikut telunjuk jarinya. Sedari kecil kita diajar begitu hingga tidak pula kita berani berhujah dengan guru atau meminta bukti daripada perkataannya itu.
Berlanjutanlah perkara itu dari tadika hinggalah kaki menjejak tangga menara gading, pelajar Melayu Islamlah majoritinya yang mengikut konsep ‘Kami dengar dan kami taat’ ini. Jangan dikata salah pula perkataan saya ini sebelum anda menjengukkan kepala anda di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dan membuka kedua belah mata melihat saudara-saudara seislam kita di sana. Jarang sekali mau bangun bertanya walaupun musykil di hati sudah tidak dapat ditahan lagi.
Ancaman dari Allah dan RasulNya
Buat para guru, saya nasihatkan agar berhati-hatilah dengan perkataan anda terutamanya dalam bab-bab yang ketat ini iaitu hukum-hakam agama. Janganlah membiarkan lidah anda mudah bergerak mengeluarkan hukum yang anda sendiri tidak memastikan ketepatannya atau tangan anda bergerak menulis sesuatu yang tidak anda benar-benar memahami maslahatnya kepada umat kerana sesungguhnya Allah berfirman di dalam al-Quran itu sendiri,
"Demi Allah, sesungguhnya kamu akan ditanyai tentang apa yang telah kamu ada-adakan."
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya."
Cukup rasanya dua ayat di atas sebagai larangan dan amaran kepada sesiapa yang suka mengada-adakan hukum baru di dalam agama yang telah digariskan hukumnya sejak berzaman dahulu lagi. Jika masih tidak cukup dengan dua ayat di atas, nah! saya tinggalkan anda dengan pesanan Rasul yang mulia ini,
Dari Abu Hurairah, ia berkata , telah bersabda Rasulullah saw : ' Barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah ia menempah tempat duduknya di neraka'.
(Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah, ia berkata, telah bersabda Rasulullah saw: ' Barangsiapa yang membuat perkataan atas (nama)ku yang tidak pernah aku ucapkan, maka hendaklah ia menempah tempat duduknya di neraka'. (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Dari Salamah bin Akwa', ia berkata, Aku telah mendengar Nabi saw bersabda : ' Barangsiapa yang mengatakan atas (nama)ku apa-apa (perkataan) yang tidak pernah aku ucapkan, maka hendaklah ia menempah tempat duduknya di neraka'. (Riwayat Bukhari dan Ahmad)
Kepada siapa lagi kita ingin meminta pertolongan di hari akhirat kelahk jika Allah dan rasulNya telah berpaling daripada memandang wajah kita yang dikotori dengan perkataan dusta terhadapa agama dan hukum Allah di dunia ini. Jadi, berhati-hatilah. Jangan malu untuk mengatakan tidak tahu sekiranya kita memang tidak mengetahuinya daripada kita menegakkan tahu sedang diri sendiri ragu dengannya.
Imam Malik bin Anas, pengasas mazhab Maliki sendiri pernah menyatakan, “ Aku telah ditanya di dalam surat yang dihantar kepadaku 40 soalan banyaknya, tetapi aku hanya menjawab 4 hingga 5 soalan sahaja kerana aku takut disoal oleh Allah di akhirat kelak tentang hukum yang ditetapkan oleh mata penaku”. Begitulah perkataan para alim ulama yang zuhud. Mereka tidak mahu menetapkan sesuatu hukum dengan tergesa-gesa tanpa dalil yang benar dan kuat. Moga kita dikurniakan Allah kekuatan untuk mengikuti jejak langkah mereka yang mulia ini.
Jadikan al-Quran sebagai teman buat penunjuk jalan |
1. Diharamkan memegang al-Al-Quran baik dalam bentuk mushaf atau buku yang mempunyai keseluruhan ayat Al-Quran atau sebahagian daripada ayat-ayat tersebut atau pun satu ayat sahaja daripadanya. Diharamkan menyentuhnya sama ada dengan anggota-anggota wudhuk atau anggota badan yang lain kerana firman Allah,
"Tidak menyentuhnya (al-quran) kecuali orang-orang yang suci ."
Ayat ini membawa perintah larangan keras kerana turut disokong oleh hadis Nabi yang bermaksud: “ Jangan menyentuh al-Al-Quran melainkan oleh orang-orang yang suci bersih”.
Bukankah al-Al-Quran itu kitab suci yang tentulah lebih mulia daripada kepingan kertas yang lain? Bagaimana penghormatan anda terhadap buku-buku kuliah anda? Adakah dicampak sesuka hati atau ditinggalkan di merata tempat? Maka begitu juga Al-Quran, ia dimuliakan bukan oleh manusia, tetapi ia dimuliakan oleh penuturnya sendiri iaitu Allah taala. Jadi, sudah sepatutnya kita memuliakannya dengan tidak menyentuhnya melainkan dalam keadaan suci bersih.
2. Para ulama bersepakat dalam membenarkan orang yang berhadas kecil untuk membaca atau melihat al-Quran tanpa menyentuhnya, manakala bagi yang berhadas besar tidak dibenarkan membacanya tetapi boleh melihatnya.
3. Begitu juga, ulama bersepakat membenarkan kanak-kanak yang berhadas dan yang belum mukallaf untuk menyentuh al-Quran untuk tujuan belajar di awal usianya. Sekiranya atas tujuan yang lain, maka diharamkan juga.
4. Ulama mazhab Syafi’e dan Maliki bersepakat mengharamkan orang yang berhadas kecil menyentuh al-Quran walaupun dengan sesuatu yang dijadikan lapik antara tangannya dengan al-Quran atau ranting kayu untuk menyelak helaian-helaiannya. Bagaimana pula pendapat anda sekiranya dalam keadaan berhadas besar jika sewaktu berhadas kecil sahaja sudah diharamkan?
5. Ulama-ulama Mazhab Syafi’e menetapkan bahawa orang yang berhadas haram memikul atau membawa al-Quran dan menyentuh kertas atau kulit al-Quran yang bersambung dengannya . Begitu juga, jika ditulis ayat-ayat al-Quran di atas kertas atau papan hitam untuk tujuan pembelajaran Al-Quran walaupun dengan menggunakan kain atau pelapik/pengalas, tetap diharamkan tanpa kecuali kerana menjaga kehormatan Al-Quran.
6. Ulama-ulama Mazhab Syafi’e juga membenarkan orang yang berhadas membawa al-Quran menggunakan sesuatu bekas seumpama beg (yang bercampur dengan buku-buku dan barangan yang lain) dengan tiada niat untuk membawa al-Quran semata-mata.
7. Mereka juga membolehkan umat Islam membawa, memegang dan membaca kitab al-Al-Quran bertafsir yang mana kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Al-Quran. Sekiranya kandungan tafsir dan kandungan ayat al-Quran adalah bersamaan dari sudut kuantitinya maka hukumnya adalah makruh dan sekiranya ayat al-Quran lebih banyak daripada tafsirannya, maka hukumnya menjadi haram kembali.
8. Diharuskan juga kepada orang yang berhadas membawa buku-buku yang lain yang mengandungi ayat al-Al-Quran selain buku tafsir dengan syarat yang sama yang telah disebutkan sebelum ini.
9. Diharuskan kepada orang yang berhadas membawa azimat, wang atau kain yang dituliskan dengan ayat al-Al-Quran seperti kiswah Ka’abah kerana yang dimaksudkan daripadanya adalah hiasan atau untuk tujuan perubatan bukan mukjizat al-Al-Quran itu sendiri.
10. Diharuskan orang yang berhadas untuk menulis al-Al-Quran atau meletak titik atau baris (tanpa membacanya) dengan syarat tidak menyentuhnya sedikit pun termasuk untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran dan tujuan-tujuan yang lain.
Budayakan tadarus al-Quran! |
11. Hanya ulama mazhab Maliki yang membenarkan perempuan yang haid atau nifas membaca al-Quran dan memegangnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran kerana dharurah seumpama kelas hafazan. Sekiranya kelas yang lain, tidak dibenarkan kerana mereka meletakkan syarat dharurah iaitu mestilah keseluruhan kelas tersebut bukan sedikit atau sebahagian daripadanya.
12. Tetapi pendapat ini bertentangan dengan jumhur ulama yang mengharamkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara syafawi (lisan) dalam keadaan berhadas besar, iaitu menyebut ayat-ayat al-Quran dengan lidah. Jika hanya menunjukkan dengan isyarat atau alatan yang bersesuaian, ia dibenarkan. Walaupun begitu, terdapat keringanan dalam bab ini kerana terdapat perbezaan para ulama.
13. Diharamkan kepada orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya walaupun satu huruf atau kurang satu ayat sekalipun pada mazhab Syafi’e dengan niat membacanya. Sekiranya untuk tujuan doa, pujian, ucapan perasmian, memohon perlindungan daripada Allah atau zikir, maka hukumnya dibolehkan. Sekiranya dengan niat membaca ayat al-Al-Quran atau niat membaca al-Al-Quran beserta zikir, maka hukumnya adalah haram.
14. Begitu juga diharuskan membawa atau membaca al-Al-Quran dalam proses pengajaran, hanya para guru sahaja yang dibenarkan untuk membaca dan membawa al-Al-Quran tetapi hukum ini tidak termasuk para pelajar. Hal ini kerana seorang guru agama yang mengajar al-Quran sangat sulit sekali kepadanya untuk tidak menggunakan al-Al-Quran dalam pengajarannya. Manakala para pelajar tidak menghadapi kesukaran seumpama ini.
15. Ulama membenarkan orang kafir (kafir adalah tergolong dalam hadas besar pada mazhab Syafie) membaca ayat-ayat al-Al-Quran, mempelajarinya atau mengajarinya sekiranya terlihat tanda-tanda kecenderungannya kepada agama islam. Sekiranya atas tujuan menghina al-Al-Quran, hukumnya adalah haram.
Inilah hukum yang jelas daripada pendapat para ulama mazhab Syafie yang hidup pada zaman dahulu sehingga hari ini. Diharapkan para pembaca mendapat sedikit sebanyak manfaat dan panduan daripada tulisan ini. Waallahu ‘alam bi as-sowab.
Rujukan:
1/ Muhammad Asy-Syirbini Al-Khatib (1415H) Al-I’qna’ Fi Halli Alfaz Abi Syuja’. Beirut: Dar Al- Fikr
2/ Al-Imam I’zzuddin Bin Abdul A’ziz (1987) Al-Imam Fi Bayan Adillat Al-Ahkam. Beirut: Dar Al- Basyair Al-Islamiah
3/ Abdul Karim Zaidan, Dr. (1993) Al-Mufassol Fi Ahkam Al-Mar'ah. Beirut: Muassasah Ar-Risalah
4/ Wahbah Az-Zuhaili. Prof. Dr (2005) Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu. Beirut: Dar Al-Fikr
5/ Abu Ishaq Asy-Syirazi (1993) Al-Muhazzab Fi Al-Fiqh Asy-Syafie. Beirut: Dar Al-Fikr
assalamu'alaikam warahmatullahi wabarakaatuh.... sebagaimana yang telah terjadi dikalangan para remaja sekarang.. sering terjadi perbedaan pendapat mengenai boleh tidaknya memegang atau menyentuh al-qur'an ketika berhadas. lalu bagaimana dengan orang yang haid lalu dia memegang al-qur'an. apakah dia berdosa tau tidak ??... mohon penjelasannya.. dan thanks atas jawabanya nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum bagaimana pula dengan orang yang download surah surah daripada youtube dan membacanya padahal dia dalam keadaan berhadas besar..mohon pencerahan...
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sy ingin bertanya, apaka hukum sy menyentuh & membawa surah yaasin @ surah2 pilihan yg telah dibukukan ketika berhadas kecil @ besar. Skrg ni ramai org jadikan surah yaasin sebagai cenderahati ketika mjlis perkahwinan, sbgai tetamu kita memegang & membawa surah yaasin tersebut. Mohon pencerahan.
ReplyDelete