Sunday, February 17, 2013

Annual Dinner INSTEDT 2012


ANNUAL DINNER INSTEDT ‘12

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dari kiri hadapan : Pn Nuraisah (JPIB), Cik Sarahlina (JPIB), Cik Azira (JKSK), Pn Aida (JKSK) dan Cik  Nur Faizah (JPIB)
Dari kiri belakang : Cik Nor Hidayah (JKSK) dan PN Salmiah (JKSK)

Program Annual Dinner INSTEDT  2013 telah diadakan pada 16 Februari 2013 (Sabtu) dengan tema warna ‘Apple Green & Purple Lavender’ bertempat di Lotus Desaru Resort.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua kakitangan INSTEDT termasuk kakitangan Pengajian Islam dan Bahasa dengan busana pakaian masing-masing yang memukau pandangan mata. Bermula pada jam 8.30 malam, para hadirin dihidangkan dengan pelbagai acara menarik termasuk ucapan dari Pengerusi Eksekutif INSTEDT, persembahan nyanyian, dikir barat versi INSTEDT, permainan ringan, pertunjukan fesyen dan karaoke di samping juadah makanan yang beraneka jenis.

Majlis juga diselang-seli dengan cabutan bertuah yang menampilkan pelbagai hadiah menarik dan berharga kepada kakitangan yang bertuah. Tahniah kepada Cik Zahrullail dari Jabatan Sains Komputer kerana telah berjaya membawa pulang hadiah utama, handphone Samsung Galaxy Note II.

Acara kemuncak majlis Annual Dinner ini adalah anugerah pekerja cemerlang untuk tahun 2012. Antara kakitangan yang diberikan anugerah adalah seperti berikut:

1       1.  Imbuhan Membawa Masuk Pelajar Terbanyak
       - Cik Nur Fadzlah (Pustakawan)
       - Cik Darenna Syahida Suib (Pengurus Akademik)

2       2.  Anugerah Kakitangan Sokongan I Cemerlang
       - Cik Nazariah (Pembantu Tadbir Bahagian Akaun)

         3.  Anugerah Kakitangan Sokongan II Cemerlang
       - En Iznaidi (Ketua Pemandu)

4       4.  Anugerah Setiausaha/Pegawai Tadbir
       - Pn Junaidah (Setiusaha Khas)

5       5. Anugerah Kakitangan Paling Berpersonaliti
       - Dr Siti Nurhani Ramli (Ketua Jabatan Pengajian Islam & Bahasa)

6       6. Anugerah Pensyarah/Clinical Instructur Cemerlang
       - En Mohd Taufiq Ismail (Pensyarah JPIB)
       - Pn Yufiza Amdan (Pensyarah Jabatan Pengurusan & Perakaunan)

7       7. Anugerah Ketua Jabatan Cemerlang
       - Pn Nor Azleen Azib (Ketua Jabatan Sains Komputer)

8       8.  Anugerah Pengurus Cemerlang
       - En Faizal Hashim (Pengurus Kawalan Kredit)

Antara penerima anugerah yang tidak sempat melarikan diri.
Dari kiri : Cik Nazariah, Dr Siti Nurhani, Pn Azleen, Pn Junaidah, En Faizal, En Iznaidi dan En Mohd Taufiq
 Tahniah kepada dua orang kakitangan JPIB kerana telah berjaya menggondol anugerah pada malam tersebut serta tahniah kepada yang lain. Diharap para kakitangan dapat meningkatkan usaha bagi memastikan INSTEDT sentiasa terkehadapan dalam bidang pengajian tinggi di Malaysia.

Barisan AJK yang telah menjayakan majlis Annual Dinner 2012.
Sekalung tahniah diucapkan.
"Generasi Rabbani Sumber Tamadun Insani"

0 comments:

Post a Comment