Tuesday, April 2, 2013

4 Jenis Puasa Yang Patut Ditinggalkan (ii)


PUASA PENUH PADA BULAN REJAB

Sunat berpuasa pada bulan-bulan haram (yang dihormati dalam Islam) iaitu Muharram, Rejab, Sya’ban dan Zulhijjah secara umumnya. Tetapi Imam Ahmad berpendapat makruh hukumnya berpuasa penuh pada bulan Rejab sahaja manakala pada bulan-bulan haram yang lain tidak diraikan seperti itu juga.


Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a memukul orang-orang yang berpuasa penuh pada bulan Rejab dan kemudiannya dihidangkan makanan kepada mereka. Ibnu umar berkata kepada mereka, “ Berbukalah (makanlah)! Sesungguhnnya bulan Rejab adalah bulan yang dimuliakan oleh kaum Jahiliah (bodoh) sahaja”.


Dalam riwayat yang lain diberitakan bahawa Ibnu Umar tidak menyukai golongan yang berpuasa penuh pada bulan Rejab dan beliau berkata, “ Berpuasalah sebahagian daripada hari-harinya dan berbukalah pada sebahagian hari yang lain”. Begitu juga yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Imam Ahmad berkata, “Barangsiapa yang berpuasa setahun penuh, dibenarkan baginya berpuasa penuh pada bulan Rejab. Jika tidak seperti itu, maka janganlah berpuasa penuh pada bulan Rejab supaya tidak menyerupai puasa Ramadhan (yang diwajibkan berpuasa penuh sebulan).”


Apabila tiba bulan Rejab pada setiap tahun, marilah kita raikan dengan gembira dengan berpuasa beberapa hari daripadanya dengan niat menghormati bulan Nabi ini. Berdoalah seperti doa di atas, mudah-mudahan Allah meinjamkan sedikit umur lagi kepada kita untuk bertemu bulan mulia, Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Amin..........

0 comments:

Post a Comment