Puasa yang Dibenci Syarak”
Limpahan
puji-pujian kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan,
Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta golongan yang mengikuti Baginda
sehingga hari kiamat. Wa ba’du,
4
puasa yang tidak disukai syarak dan patut ditinggalkan:
1/
Puasa Setahun Penuh
2/Puasa
Bulan Rejab
3/Puasa
Hari Jumaat
4/Puasa
Hari Sabtu
Keterangan:
1/ Puasa
Setahun Penuh
Makruh
(tidak disukai) hukumnya bagi mana-mana umat Islam yang berpuasa selama setahun
penuh tanpa berbuka. Maksud puasa setahun penuh adalah berpuasa secara
berterusan selama setahun penuh kecuali pada hari yang diharamkan iaitu 2 hari raya dan 3 hari Tasyriq.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sah puasa
bagi orang yang berpuasa penuh (setahun)”.
Diriwayatkan
juga dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “ Wahai Abdullah,
adakah benar dikhabarkan kepadaku bahawa kamu berpuasa sepanjang siang dan
beribadat sepanjang malam?”. Aku menjawab, “ Ya, wahai Rasulullah”. Nabi
bersabda, “ Jangan begitu, berpuasalah (sehari) dan berbukalah (sehari),
beribadatlah (seketika) dan tidurlah (seketika). Sesungguhnya terdapat hak pada
diri kamu, hak pada mata kamu, hak pada isteri kamu dan hak pada orang yang
menziarahi kamu. Cukuplah kamu berpuasa 3 hari setiap bulan kerana setiap
kebaikan akan digandakan 10 kali seumpamanya, maka semuanya itu bersamaan puasa
selama setahun”. Aku tetap ingin menyusahkan diriku lalu aku berkata, “ Wahai
Rasululla, sesungguhnya aku masih kuat (untuk melakukan lebih daripada itu).
Jawab Rasulullah, “ Jadi, puasalah seperti puasa nabi Allah Daud dan janganlah
lebih daripada itu.” Aku lalu bertanya, “ Bagaimana puasa Nabi Daud?”. Jawab
Rasulullah, “Puasa setengah tahun”.
Kata
Abdullah bin Amr ketika beliau di masa tua, “Alangkah baiknya jika aku menerima
keringanan yang diberikan oleh Rasulullah SAW dahulu”.
Terdapat
pada sebahagian riwayat bahawa yang dimaksudkan adalah puasa sehari dan berbuka
(tidak berpuasa) sehari selepasnya dan ia dinamakan sebaik-baik puasa.
Riwayat-riwayat
ini dengan jelas menunjukkan hukum makruh berpuasa selama setahun penuh. Bahkan
Ibnu Hazm berpendapat hukumnya adalah haram.
Hal ini
bertepatan dengan manhaj Islam yang mementingkan keadilan di antara pembahagian
dan perlaksanaan hak Allah taala dan hak manusia serta keseimbangan dengan
hak-hak diri yang lain. Begitu juga ia bertepatan dengan konsep keringanan
(rukhsah) kepada umat Islam. Puasa setahun penuh menafikan konsep ini secara
jelas kerana ia membawa unsur penekanan dan pemberatan kepada umat untuk
menunaikannya. Diriwayatkan dalam sebuah hadis, “ Sesungguhnya Allah kasih
kepada hamba yang mengambil keringanan (rukhsah) yang dianugerahkannya”.
Walaupun
terdapat dalil yang jelas dalam perkara ini, namun terdapat beberapa orang
sahabat, tabi’in dan beberapa salafus soleh (ulama-ulama terdahulu) yang
melakukannya. Di antara mereka adlah Ummu al-Mukminin, Saidatina Aisyah, Abu
Talhah al-Ansary, Abdullah bin Amr, Abu Umamah dan Isteri beliau dan sebilangan
besar dari para tabi’in sehingga sebahagian mereka secara berterusan berpuasa
selama 40 tahun.
Oleh
kerana itu, jumhur ulama berpendapat harus berpuasa setahun penuh bahkan ada
yang berpendapat bahawa puasa seperti itu adalah sunat. Mereka berijtihad
bahawa yang dikatakan makruh di dalam hadis (di atas) adalah puasa penuh
setahun termasuk puasa pada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq.
Ibnu
Qudamah meriwayatkan, Imam Ahmad berkata, “Apabila seseorang berbuka (tidak
berpuasa) pada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq, aku berpandangan puasa setahun
lainnya adalah tidak sia-sia dari ganjaran pahala”.
Manakala
Ibnu Qudamah berpendapat, “ Pendapat yang kuat di sisiku adalah puasa selama
setahun penuh dengan hanya berbuka pada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq adalah
makruh (tidak disukai) manakala jika berpuasa setahun penuh termasuk 2 hari
raya dan 3 hari tasyriq adalah haram. (al-Mughni dan as-Syarh al-Kabir-3/99)
Sebahagian
ulama pula berpendapat larangan tersebut adalah kerana kemudharatan/kerosakan
yang dijangkakan berlaku pada masa depan atau hak pihak lain yang tidak terpanuhi.
Kesimpulan:
Sesungguhnya sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah SAW. Tanpa syak
atau ragu bahawa Rasulullah sentiasa berpuasa dan berbuka (tidak berpuasa) pada
hari lainnya dan tidak berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadhan. Cukuplah kita
berpegang dengan perkataan Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang tidak menyukai
sunnahku, maka dia tidak termasuk umatku”. Namun begitu, ijtihad dari golongan
salafus soleh yang melaksanakannya, itu adalah sebuah ijtihad (bukan hanya
semata-mata pandangan biasa tanpa dalil) dan diharapkan kita tidak berlaku
buruk adab dengan menyalahkan ijtihad mereka. Mudah-mudahan mereka beroleh
ganjaran yang setimpal dengan usaha ibadat mereka….sambungan
0 comments:
Post a Comment