bismillah-2

Salam Pengenalan

Sekapur sirih untuk pengunjung blog rasmi Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa INSTEDT

ps6514f138 photo ps6514f138_zps72e2b379.jpg

Keterasingan Islam (ii)

Bersendirian membelah badai yang datang

islam-cerdas photo islam-cerdas_zpsbe7419b2.jpg

Srikandi Dunia Islam Moden

Ikutilah teladan yang baik untuk menjadi baik

Muhammad-Idola-Kami_zps4a20d9ca photo Muhammad-Idola-Kami_zps4a20d9ca-1_zps376239bd.jpg

Muhammad Namanya (i)

Jom kenal nabi!

Childrenincircle_zpsfe660fa8

Jom Ber'usrah'

Mari membina agama dan peribadi bersama JPIB

gambar_zps5db61553

al-Fatihah: Gerbang Tasawwur Islam-ii

'Dia' ada pada setiap diri yang berakal

terasing_zps1298df85

Terasing

Islam bermula dan berakhir dengan keterasingan.

al_quran

Hukum Menyentuh dan Membaca al-Quran

Al-Quran adalah mukjizat kepada Rasulullah SAW dan umat Islam yang beriman.

Wednesday, May 22, 2013

ANDA YAKIN UNTUK BERUBAH? JOM SERTAI KAMI!!!


Anda ingin BERUBAH tetapi tidak tahu bagaimana?
Anda lepasan SPM/STAM tetapi tidak mendapat tempat di IPTA?
Anda ingin MEMAJUKAN DIRI tetapi tiada mentor untuk memandu?
Anda ingin BERJAYA tetapi tiada tempat untuk diharapkan?

Sekiranya anda salah seorang dari kumpulan di atas, ayuh sertai kami di Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT). 

Kami menawarkan:


~  Program-program yang menepati kehendak pasaran kerja masa kini

~  Kemudahan pembelajaran yang lengkap
~  Pinjaman PTPTN, MARA dan lain-lain diuruskan sepenuhnya
~  Bantuan kewangan disediakan bagi yang terpilih
~  Kumpulan pensyarah yang berdedikasi.
~  Terletak di lokasi pembelajaran dan peranginan Desaru

Program-program yang ditawarkan adalah:

1.  Diploma Kejururawatan (Program Bertemuduga)

2.  Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat (UiTM)
3.  Diploma Pengajian Sukan (UiTM)
4.  Diploma Pengurusan Pelancongan
5.  Diploma Pengurusan Perhotelan
6.  Diploma Pengurusan Perniagaan

7.  Diploma Perakaunan
8.  Diploma Teknologi Maklumat
9.  Diploma Media Grafik Digital
10.Diploma Pengajian Islam


Untuk mengetahui syarat kelayakan bagi setiap program, sila klik


Ayuh, sertai kami pada INTAKE KEDUA pada  8 JUN 2013.
Terhad untuk 500 orang sahaja.

**Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Taufiq.
    Call @ SMS - 019-2486694
    Email - muhammadiqbal_misri@yahoo.com

**********************************************

Tuesday, April 2, 2013

4 Jenis Puasa Yang Patut Ditinggalkan iii


III/PUASA HARI JUMAAT


Makruh berpuasa pada hari jumaat semata-mata tanpa didampingi dengan puasa sehari sebelumnya (Khamis) atau selepasnya (Jumaat). Dikecualikan hukum makruh ini dalam beberapa situasi:

1/ Orang yang kebiasaannya berpuasa sehari dan berbuka sehari. Kebetulan hari seterusnya jatuh pada hari Jumaat, maka disunatkan juga berpuasa pada hari tersebut walaupun tanpa didampingi oleh hari sebelum atau selepasnya.

2/Begitu juga orang yang kebiasaannya berpuasa pada setiap awal atau akhir atau pertengahan bulan yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Maka disunatkan juga berpuasa pada hari tersebut walaupun tanpa dampingan hari sebelum atau selepasnya.


Diriwayatkan di dalam hadis, “ Janganlah sekali-kali kamu berpuasa pada hari Jumaat semata-mata tanpa kamu damping puasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya”. Muhammad bin ‘Ubbad bertanya kepada salah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Jabir r.a, “ Adakah Rasulullah melarang dari berpuasa pada hari Jumaat?” Jawabnya, “Ya”.

Diriwayatkan dari Ummu al-Mukminin, Juwairiah binti al-Harith bahawa Rasullullah SAW bertemu dengannya pada suatu hari Jumaat sedangkan dia (Juwairiah) sedang berpuasa pada hari itu. Kata Nabi, “Adakah kamu berpuasa semalam (pada hari sebelumnya)?” Jawab Juwairiah, “ Tidak”. Nabi bertanya lagi, “ Adakah kamu berniat untuk berpuasa esok (pada hari selepasnya)?” Juwairiah menjawab, “Tidak”. Maka sabda Nabi SAW, “Jika begitu, hendaklah kamu berbuka sekarang”.

Riwayat-riwayat ini menjelaskan bahawa makruh berpuasa pada hari Jumaat semata-mata tanpa didampingi puasa pada hari Khamis sebelumnya atau puasa pada hari Sabtu selepasnya. 


Hikmahnya adalah kerana hari Jumaat adalah hari raya mingguan untuk umat Islam, maka dimakruhkan berpuasa kerana meraikannya seperti hari raya tahunan yang sebenar. Selain itu, tidak dikhususkan puasa pada hari Jumaat dengan tujuan mengelakkan iktiqad/keyakinan orang awam bahawa berpuasa pada hari tersebut adalah diwajibkan.

IV/PUASA PADA HARI SABTU


Begitu juga, makruh hukumnya berpuasa pada hari Sabtu sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Basar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan puasa yang diwajibkan ke atas kamu”.


Diriwayatkan oleh Abdullah bin Basar ini bahawa saudara perempuannya yang bernama as-Soma’ menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan puasa yang diwajibkan ke atas kamu. Sekiranya tiada makanan di sisi kamu melainkan yang ada hanya kulit anggur atau dahan pokok, maka makanlah”.



Makruh di sini bermaksud makruh berpuasa pada hari Sabtu sahaja tanpa didahului dengan puasa sebelumnya atau selepasnya. Hikmahnya adalah kerana hari Sabtu adalah hari perayaaan mingguan kaum Yahudi, hari yang sangat dimuliakan oleh mereka. Umat Islam dilarang berpuasa pada hari tersebut agar tidak dimanipulasikan seolah-olah kita juga memuliakannya dengan puasa tersebut.

Waallahua’lam.

Diolah semula oleh: Pena Iqbal dari pautan http://qaradawi.net/fatawaahkam/30/1649-2012-01-29-013100.html

4 Jenis Puasa Yang Patut Ditinggalkan (ii)


PUASA PENUH PADA BULAN REJAB

Sunat berpuasa pada bulan-bulan haram (yang dihormati dalam Islam) iaitu Muharram, Rejab, Sya’ban dan Zulhijjah secara umumnya. Tetapi Imam Ahmad berpendapat makruh hukumnya berpuasa penuh pada bulan Rejab sahaja manakala pada bulan-bulan haram yang lain tidak diraikan seperti itu juga.


Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a memukul orang-orang yang berpuasa penuh pada bulan Rejab dan kemudiannya dihidangkan makanan kepada mereka. Ibnu umar berkata kepada mereka, “ Berbukalah (makanlah)! Sesungguhnnya bulan Rejab adalah bulan yang dimuliakan oleh kaum Jahiliah (bodoh) sahaja”.


Dalam riwayat yang lain diberitakan bahawa Ibnu Umar tidak menyukai golongan yang berpuasa penuh pada bulan Rejab dan beliau berkata, “ Berpuasalah sebahagian daripada hari-harinya dan berbukalah pada sebahagian hari yang lain”. Begitu juga yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Imam Ahmad berkata, “Barangsiapa yang berpuasa setahun penuh, dibenarkan baginya berpuasa penuh pada bulan Rejab. Jika tidak seperti itu, maka janganlah berpuasa penuh pada bulan Rejab supaya tidak menyerupai puasa Ramadhan (yang diwajibkan berpuasa penuh sebulan).”


Apabila tiba bulan Rejab pada setiap tahun, marilah kita raikan dengan gembira dengan berpuasa beberapa hari daripadanya dengan niat menghormati bulan Nabi ini. Berdoalah seperti doa di atas, mudah-mudahan Allah meinjamkan sedikit umur lagi kepada kita untuk bertemu bulan mulia, Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Amin..........

Thursday, March 21, 2013

4 Jenis Puasa Patut Ditinggalkan


Puasa yang Dibenci Syarak”

Limpahan puji-pujian kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan, Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta golongan yang mengikuti Baginda sehingga hari kiamat. Wa ba’du,


4 puasa yang tidak disukai syarak dan patut ditinggalkan:
1/ Puasa Setahun Penuh
2/Puasa Bulan Rejab
3/Puasa Hari Jumaat
4/Puasa Hari Sabtu

Keterangan:

1/ Puasa Setahun Penuh

Makruh (tidak disukai) hukumnya bagi mana-mana umat Islam yang berpuasa selama setahun penuh tanpa berbuka. Maksud puasa setahun penuh adalah berpuasa secara berterusan selama setahun penuh kecuali pada hari yang diharamkan  iaitu 2 hari raya dan 3 hari Tasyriq. Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sah puasa bagi orang yang berpuasa penuh (setahun)”.

Diriwayatkan juga dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “ Wahai Abdullah, adakah benar dikhabarkan kepadaku bahawa kamu berpuasa sepanjang siang dan beribadat sepanjang malam?”. Aku menjawab, “ Ya, wahai Rasulullah”. Nabi bersabda, “ Jangan begitu, berpuasalah (sehari) dan berbukalah (sehari), beribadatlah (seketika) dan tidurlah (seketika). Sesungguhnya terdapat hak pada diri kamu, hak pada mata kamu, hak pada isteri kamu dan hak pada orang yang menziarahi kamu. Cukuplah kamu berpuasa 3 hari setiap bulan kerana setiap kebaikan akan digandakan 10 kali seumpamanya, maka semuanya itu bersamaan puasa selama setahun”. Aku tetap ingin menyusahkan diriku lalu aku berkata, “ Wahai Rasululla, sesungguhnya aku masih kuat (untuk melakukan lebih daripada itu). Jawab Rasulullah, “ Jadi, puasalah seperti puasa nabi Allah Daud dan janganlah lebih daripada itu.” Aku lalu bertanya, “ Bagaimana puasa Nabi Daud?”. Jawab Rasulullah, “Puasa setengah tahun”.

Kata Abdullah bin Amr ketika beliau di masa tua, “Alangkah baiknya jika aku menerima keringanan yang diberikan oleh Rasulullah SAW dahulu”.

Terdapat pada sebahagian riwayat bahawa yang dimaksudkan adalah puasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) sehari selepasnya dan ia dinamakan sebaik-baik puasa.

Riwayat-riwayat ini dengan jelas menunjukkan hukum makruh berpuasa selama setahun penuh. Bahkan Ibnu Hazm berpendapat hukumnya adalah haram.

Hal ini bertepatan dengan manhaj Islam yang mementingkan keadilan di antara pembahagian dan perlaksanaan hak Allah taala dan hak manusia serta keseimbangan dengan hak-hak diri yang lain. Begitu juga ia bertepatan dengan konsep keringanan (rukhsah) kepada umat Islam. Puasa setahun penuh menafikan konsep ini secara jelas kerana ia membawa unsur penekanan dan pemberatan kepada umat untuk menunaikannya. Diriwayatkan dalam sebuah hadis, “ Sesungguhnya Allah kasih kepada hamba yang mengambil keringanan (rukhsah) yang dianugerahkannya”.

Walaupun terdapat dalil yang jelas dalam perkara ini, namun terdapat beberapa orang sahabat, tabi’in dan beberapa salafus soleh (ulama-ulama terdahulu) yang melakukannya. Di antara mereka adlah Ummu al-Mukminin, Saidatina Aisyah, Abu Talhah al-Ansary, Abdullah bin Amr, Abu Umamah dan Isteri beliau dan sebilangan besar dari para tabi’in sehingga sebahagian mereka secara berterusan berpuasa selama 40 tahun.   

Oleh kerana itu, jumhur ulama berpendapat harus berpuasa setahun penuh bahkan ada yang berpendapat bahawa puasa seperti itu adalah sunat. Mereka berijtihad bahawa yang dikatakan makruh di dalam hadis (di atas) adalah puasa penuh setahun termasuk puasa pada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq.

Ibnu Qudamah meriwayatkan, Imam Ahmad berkata, “Apabila seseorang berbuka (tidak berpuasa) pada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq, aku berpandangan puasa setahun lainnya adalah tidak sia-sia dari ganjaran pahala”.

Manakala Ibnu Qudamah berpendapat, “ Pendapat yang kuat di sisiku adalah puasa selama setahun penuh dengan hanya berbuka pada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq adalah makruh (tidak disukai) manakala jika berpuasa setahun penuh termasuk 2 hari raya dan 3 hari tasyriq adalah haram. (al-Mughni dan as-Syarh al-Kabir-3/99)


Sebahagian ulama pula berpendapat larangan tersebut adalah kerana kemudharatan/kerosakan yang dijangkakan berlaku pada masa depan atau hak pihak lain yang tidak terpanuhi.

Kesimpulan: Sesungguhnya sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah SAW. Tanpa syak atau ragu bahawa Rasulullah sentiasa berpuasa dan berbuka (tidak berpuasa) pada hari lainnya dan tidak berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadhan. Cukuplah kita berpegang dengan perkataan Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia tidak termasuk umatku”. Namun begitu, ijtihad dari golongan salafus soleh yang melaksanakannya, itu adalah sebuah ijtihad (bukan hanya semata-mata pandangan biasa tanpa dalil) dan diharapkan kita tidak berlaku buruk adab dengan menyalahkan ijtihad mereka. Mudah-mudahan mereka beroleh ganjaran yang setimpal dengan usaha ibadat mereka….sambungan

Diolah semula oleh: Pena Iqbal dari pautan http://qaradawi.net/fatawaahkam/30/1649-2012-01-29-013100.html

Pendaftaran Sesi Baru Dibuka



Kenapa Pilih INSTEDT?
Program di Akreditasi penuh oleh MQA
Diiktiraf oleh JPA ( Jabatan Perkhidmatan Awam )
Kemudahan pembelajaran yang lengkap
Penginapan yang selesa dan termurah
Pinjaman diuruskan sepenuhnya
Pensyarah yang berdedikasi
Terletak di lokasi peranginan Desaru
Pusat pendidikan setempat

Assalamualaikum,

Tahniah kepada semua pelajar lepasan SPM yang baru sahaja mengambil keputusan SPM semalam (21/3/2013) di sekolah masing-masing. Penat lelah usaha selama hampir 2 tahun sebelumnya seolah-olah terbayar dengan keputusan yang tertera pada sekeping kertas. Pengorbanan ibu bapa juga terasa dibayar dengan keputusan SPM yang berada dalam tangan masing-masing. Semoga anda terus berjaya dan menjadi anak yang baik di masa hadapan.

Untuk kemasukan April 2013, Jabatan Pengajian Islam & Bahasa (JPIB) membuka tawaran kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pengajian Islam Kontemporari yang menggabungkan ilmu pengetahuan agama dan kemahiran semasa yang bersesuaian dengan kehendak industri negara masa kini. Gabungan kedua-dua bidang ilmu duniawi dan ukhrawi ini bertujuan untuk melahirkan generasi rabbani yang holistik dan berkemahiran tinggi dalam mengharungi dunia gobalisasi kini.

Syarat kemasukan:

Lulus SPM dengan kepujian 3 matapelajaran dan 
lulus Bahasa Arab atau 
matapelajaran Pengajian Islam.

ATAU

Lulus STAM sekurang-kurangnya dengan pangkat Maqbul

Selain itu, terdapat juga program diploma lain seperti Diploma Pengurusan Pejabat & Teknologi, Pengajian Sukan, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Teknologi Maklumat, Media Grafik, Kejururawatan dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.instedt.edu.my/.

"Generasi Rabbani Sumber Tamadun Insani"